Zaquan Adha - Google Blog Search |
| <b>Zaquan Adha</b> tekad pikat Rajagobal | Sokernet Posted: 23 Feb 2012 06:43 AM PST
Malaysia XI vs Sabah XI PENYERANG Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Zaquan Adha Abd Radzak tidak mahu mensia-siakan peluang diberikan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal untuk kembali menyarung jersi negara. Selepas tersisih lebih setahun kerana kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang berulang sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu berharap kelibatnya sepanjang sesi latihan kali ini mampu memikat hati Rajagobal untuk diturunkan menentang Sabah esok serta perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Filipina, Rabu depan. "Jurulatih (Rajagobal) mengingatkan saya supaya bersaing dengan pemain lain untuk kembali merebut tempat dalam skuad negara. Saya melihatnya sebagai persaingan yang sihat. "Saya kini memberikan tumpuan untuk mendapatkan tahap diperlukan apabila beraksi bersama skuad negara kerana ia berbeza apabila beraksi pada peringkat kelab. "Setakat ini kecergasan saya memang pada tahap terbaik namun penting untuk saya menyarung jersi negara bagi memulihkan tahap keyakinan," katanya yang kali terakhir beraksi untuk skuad negara ketika menentang kelab Qatar pada 2010. Ketiadaan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang terlepas aksi bersama skuad negara kali ini kerana kecederaan perlu dimanfaat sepenuhnya sekiranya Rajagobal mahu menggandingkannya bersama Safee Sali di jentera serangan. "Terpulang kepada jurulatih untuk menentukannya namun saya sedar ada pemain lain yang turut bersaing untuk merebut tempat di jentera serangan seperti Abdul Manaf (Mamat) dan Ahmad Shakir (Ali)," katanya. Selain beraksi di posisi serangan, bekas pemain Negeri Sembilan itu turut diletakkan sebagai pemain sayap kanan bersama ATM musim ini selain sudah meledak dua gol. Norshahrul Idlan Talaha tersisih ekoran kecederaan Jurulatih K Rajagopal tiada pilihan apabila terpaksa mengetepikan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha ekoran kecederaan yang dialaminya. Keputusan tersebut menyaksikan Norshahrul akan terlepas dua aksi persahabatan skuad negara menentang Sabah esok dan Filipina pada 29 Februari ini. Norshahrul atau Mat Yo mengalami kecederaan lutut semasa beraksi dalam aksi liga tempatan bersama Kelantan minggu lepas. Kecederaan Norshahrul dilihat akan merencatkan percaturan Rajagobal yang sedang dalam persiapan untuk menghadapi Piala AFF Suzuki hujung tahun ini. Norshahrul dan Safee Sali merupakan gandingan penyerang yang menjadi nadi utama buat skuad kebangsaan Malaysia semasa menjulang Piala AFF Suzuki 2010. Related postscoded by nessus |
| [Terbakor Hot] <b>Zaquan Adha</b> minta Rita Rudaini hentikan fitnah <b>...</b> Posted: 11 Jan 2012 12:55 AM PST Perang Twitter Rita Rudaini dan Zaquan Adha!Kontroversi perang Twitter yang melibatkan Rita Rudaini dengan adik iparnya, Zaquan Adha makin panas hari ni. Zaquan Adha yang juga merupakan suami kepada Ayu Raudhah meminta supaya Rita berhenti daripada memfitnahnya berkenaan dengan tuduhan dia telah membuat seorang wanita bernama M mengandung. Semalam, Twitter Rita Rudaini dan Zaquan Adha menjadi hangat apabila mereka mula bertengkar soal dalaman keluarga mereka. Rita meluahkan kekesalannya di Twitter lalu terjadilah perang sindir menyindir antara kedua ipar itu. Memang sejak dulu, hubungan Rita Rudaini dan keluarga mertuanya tidak begitu baik. |
| You are subscribed to email updates from Zaquan Adha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


0 ulasan:
Catat Ulasan