Sabtu, 24 November 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


<b>Zaquan Adha</b> cedera , Azamuddin Mohd Akil dipanggil semula <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 04:21 AM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas menggugurkan pemain penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil , Datuk K Rajagobal terpaksa memanggil semula penyerang tersebut bagi menggantikan Mohamad Zaquan Adha pada kempen Piala AFF Suzuki yang bermula pada Ahad ini. Tindakan ini diambil selepas pemain baharu Johor, Zaquan Adha mengalami kecederaan serius selepas perlawanan menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Azamuddin yang digugurkan akibat prestasi hambar ketika perlawanan menentang Hong Kong diberi peluang untuk membuktikan kemampuan beliau.

Secara peribadi saya bersetuju dengan Azamuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Alex dipanggil semula. Ini kerana beliau mempunyai corak permainan yang keras dalam mendapatkan bola. Lagipun persembahan hambar ketika menentang Hong Kong bukannya seratus peratus kesalahan beliau kerana semua pemain bermain di bawah paras sebenar ketika itu. Apapun diharapkan Alex mampu memanfaatkan peluang beraksi di kejohanan AFF nanti. Mungkin beliau boleh diberi sebagai penyerang kedua ataupun sayap kanan.

azamudin
upload photos

Azamudin – Masuk

Zaquan L 590x320
images

Zaquan – Keluar

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :147

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Zaquan Adha

Copyright 2010 All Rights Reserved