Khamis, 22 Ogos 2013

Zaquan Adha - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Perang Status Di Twitter — <b>Zaquan Adha</b> Bidas Kenyataan Rita <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2013 10:11 PM PDT

Sebelum ini Rita Rudaini ada keluarkan kenyataan di media akan keputusan Aidil Zafuan menceraikannya melalui SMS pada Ramadan lalu seperti tidak menghormati agama dan disebabkan itu juga dia dan juga keluarganya telah digelar cetek agama.

Kenyataan yang dikeluarkan itu membuatkan kembar Aidil, Zaquan Adha yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) tidak berdiam diri dan menulis status di laman Twitter yang seakan ditujukan kepada Rita Rudaini.

Zaquan Adha turut mengajak Rita untuk bersemuka kerana di dalam kenyataan Rita sebelum ini, dia telah mengaitkan keluarganya yang turut dituduh cetek agama.

Tambah Zaquan yang juga merupakan suami kepada aktres terkenal, Ayu Raudhah meminta Rita supaya berhenti menagih simpati dan jangan cuba mengheret nama keluarganya pula ke dalam masalah rumah tangga mereka berdua yang tidak berkesudahan itu.

Rita Rudaini dalam masa yang sama menulis melalui akaun Twitter beliau membalas kembali kenyataan Zaquan Adha mendakwa pemain bola sepak itu sengaja mencari publisiti murahan & enggan melayan.

Rita Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Sentuh Hal Agama - Oh! Artis

Posted: 17 Aug 2013 09:11 PM PDT

ohartis-aidil-zafuan-zaquan-adha-1

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan Rita Rudaini melalui media pagi tadi, mungkin ia amat menguris hati Zaquan Adha iaitu kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zafuan. Zaquan dilihat mengeluarkan kenyataan balas melalui akaun Twitter miliknya membalas kenyataan Rita.

ohartis-twitter-zaqone-adha-rita-1

Rita menganggap hanya manusia yang cetek ilmu agama sahaja yang merobohkan masjid pada Bulan Ramadhan malah dia juga berkata bahawa Aidil tidak layak dijadikan seorang suami mahupun menantu kerana tidak mengambil serius urusan cerai berai. Ikuti kenyataan Rita selanjutnya disini.

OHARTIS: TERLALU LAMA BERSENGKETA, SEMOGA MEREKA CEPAT BERDAMAI.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Zaquan Adha

Copyright 2010 All Rights Reserved