Jumaat, 19 Oktober 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Siapa Lagi Hebat, Apex Atau <b>Zaquan Adha</b>?

Posted: 19 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2012: Baik industri seni hiburan mahu pun sukan, populariti bukanlah satu jaminan untuk mengangkat seseorang itu sebagai individu yang berkualiti.

Dalam erti kata lain, kemenangan bukan untuk mereka yang popular saja. Namun, populariti sedikit sebanyak membantu untuk menambah semangat seseorang untuk lebih yakin menjadi juara.

Jadi tidak hairan, sama ada pasukan Kelantan atau ATM, ramalan mereka menjadi juara berada pada tahap yang sama kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain yang hebat dan popular.

Istimewa untuk pembaca yang menyukai bidang bola sepak tempatan, murai.com.my sempat menjengah pendapat pemain ATM dan Kelantan yang popular dan hebat beraksi di padang iaitu Zaquan Adha dan Khairul Fahmi Che Mat (Apex).

Jom ikuti pandangan mereka mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Adakah mereka merasakan populariti diperlukan untuk mereka beraksi hebat pada malam itu nanti?

Zaquan Adha (Sayap Kanan ATM)

"Popular sekadar pada nama saja. Dalam bola sepak, kerjasama dalam pasukan amat diperlukan. Popular tidak bagi kesan sekiranya kami tidak bergerak dalam pasukan. Saya juga tidak merasakan populariti yang ada pada diri saya sebagai satu beban untuk ATM.

"Saya menganggap ia sebagai cabaran. Kalau saya merasakan ia satu beban, saya tidak boleh bermain dengan baik. Perlawanan ini adalah pertemuan antara pasukan dan bukanlah pertandingan antara pemain popular.

"Saya akui Apex memang seorang yang popular sebagai pemain kebangsaan negara. Saya mengambil ianya sebagai semangat untuk saya beraksi bagus pada malam itu nanti. Saya ini seorang yang sukakan cabaran.

"Kalau saya tahu orang itu bagus, saya akan mencabarnya. Saya akan rasa berpuas hati jikalau saya dapat melawan orang itu. Secara individu, saya yakin 100 peratus bahawa kemenangan berpihak kepada kami. Kalau kami tidak berikan 100 peratus, mungkin berlaku sebaliknya," kata Zaquan.

Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Kelantan)

"Dalam satu pertempuran, kerjasama memainkan peranan penting sekali. Secara logiknya, kekuatan seorang tidak boleh merempuh dan menjatuhkan benteng yang dikawal oleh 10 tenaga. Kecuali orang itu ada kuasa luar biasa. Dari sini, jelas sekali populariti adalah perkara kedua.

"Namun, saya tidak ketepikan populariti. Sejujurnya, populariti adalah penyuntik semangat untuk berjaya. Dalam pasukan Kelantan, saya tidak boleh bergerak seorang. Jika tidak, saya akan rebah. Malah, ia memudahkan pihak lawan untuk menjaringkan gol.

"Saya amat memerlukan pemain yang lain untuk mempertahankan gawang kami supaya tidak bolos. Kejayaan kami tertakluk kepada kukuhan semangat sepasukan kami. Pun begitu, kami juga memerlukan sorokan semangat dari peminat untuk kami berjuang.

"Insya-Allah, seandainya kehebatan dan populariti dapat diseimbangkan, ia akan melahirkan sesuatu perkara yang luar biasa. Keras tidak bermakna kuat, lembut bukan bererti lemah. Setiap insan memerlukan sokongan. Kejayaan tidak boleh lahir tanpa ada sokongan.

"Apapun, saya bersyukur, semangat kesukanan di Malaysia lebih-lebih lagi dalam sukan bola sepak semakin maju dan menjadi perhatian masyarakat. Teruslah menyokong tanpa kenal erti mengalah. Jangan menilai kualiti sesuatu perkara tanpa mengenal kuantiti sebenarnya. Terima kasih dan Insya-Allah,kami akan lakukan yang terbaik demi mereka yang menyokong kami," jelas Apex.

Isnin, 15 Oktober 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Aidil & <b>Zaquan</b>: <b>Zaquan</b> kongsi pengalaman

Posted: 05 Oct 2012 12:16 AM PDT

05 Oktober 2012

ZAQUAN (kiri) tidak dapat menyertai skuad ATM bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.


PENYERANG Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak sekadar menjadi penyokong pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.
Begitupun, bekas pemain Negeri Sembilan itu mahu berkongsi 'rahsia' dengan rakan sepasukannya menjelang pertemuan di permukaan padang rumput tiruan menentang wakil Singapura itu.
"Saya akui bahawa saya berasa sangat kecewa (sele- pas digantung satu perlawa- nan) kerana tidak dapat bersama dengan ATM tetapi saya mahu berkongsi petua untuk beraksi di padang rumput tiruan kepada rakan-rakan sepasukan.
"Tidak ramai pemain ATM mempunyai pengalaman beraksi di padang rumput tiruan, lebih-lebih lagi kami adalah pasukan daripada Liga Premier (berbanding Lions XII beraksi dalam Liga Super).
"Berdasarkan pengalaman ketika beraksi bersama skuad kebangsaan di Stadium Jalan Besar, saya akui ia sangat berbeza apabila bermain di padang biasa dan rumput tiruan.
"Pusingan bola, hantaran pendek serta kelembutan rumput tiruan (berbanding padang biasa) menjadikan bola itu bergerak lebih pantas.
"Jadi, setiap pemain perlu berhati-hati ketika membuat hantaran kerana pergerakan bola lebih laju bagi mengelak kami kehilangan bola," katanya kepada Kosmo!.
Zaquan digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada aksi suku akhir pertama dan kedua ketika menentang Negeri Sembilan.
Dia yang membantu ATM menewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa lalu, mengakui kecewa selepas tidak dapat menyertai skuad kendalian B. Sathianathan itu ke Singapura.
ATM menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 6-3.
Pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia yakin dengan corak taktikal diterapkan bekas jurulatih Kelantan terse- but yang mampu memberi- kan satu keputusan positif.
"Saya percaya dengan taktikal yang diterapkan jurulatih untuk merakamkan kemenangan di sana.
"Saya berharap ATM dapat mempamerkan aksi cemerlang dengan meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada suku akhir," katanya.

Rabu, 10 Oktober 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Aidil & <b>Zaquan</b>: <b>Zaquan</b> tetap hormati Negeri Sembilan

Posted: 17 Sep 2012 10:51 PM PDT

18 September 2012
PENYANDANG juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan bukan pasukan yang asing buat penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak.
Ini kerana, pemain yang berusia 25 tahun itu pernah menjadi salah seorang watak penting buat skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu ketika membantu Negeri Sembilan menewaskan Terengganu 2-1 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, tahun lalu.
Namun, Zaquan mungkin bakal menjadi 'duri dalam daging' buat pasukan yang diberi jolokan Hoben Jang Hoben itu menjelang pertembungan ATM dengan Negeri Sembilan pada aksi suku akhir kejohanan bola sepak paling berprestij negara itu.
Menyedari berdepan dengan cabaran getir, Zaquan mengakui perlawanan tersebut agak emosi memandangkan suami kepada selebriti, Ayu Raudah Che Wan itu memulakan karier sebagai pemain bola sepak bersama akademi Negeri Sembilan.
"Saya tetap sayang dan sentiasa menghormati Negeri Sembilan kerana ia merupakan pasukan yang saya sokong sejak daripada zaman kanak-kanak lagi.
"Begitu banyak kenangan manis ketika bersama Negeri Sembilan sebelum saya menyertai ATM pada Disember lalu.
"Saya tidak lupa segala jasa terutama setiap tunjuk ajar daripada jurulatih (Azraai Khor) untuk meningkatkan tahap keupayaan saya," katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Begitupun, Zaquan memberikan 'amaran' awal kepada bekas pasukannya sebagaimana perasaan hormat itu akan hilang ketika dia beraksi menentang Negeri Sembilan pada 28 September ini.
"Saya harus bersikap profesional. Di atas padang, mereka merupakan lawan yang harus kami tumpaskan.
"Kami berhasrat untuk melakar satu sejarah buat kelab ini dan kami mengetahui mereka cukup kental di posisi tengah dan pertahanan.
"Sekiranya saya ada 'rezeki' untuk menjaringkan gol, saya tetap meraikan (jaringan tersebut) tetapi saya meraikan bukan untuk menyindir sebaliknya mahu memberikan penghargaan kepada jurulatih, pemain, staf ATM dan penyokong-penyokong.
"ATM kini berada di landasan yang terbaik sebagaimana kami membuktikan mampu melepasi cabaran di peringkat kumpulan (Kumpulan B) saingan Piala Malaysia," katanya.
 

Zaquan Adha

Copyright 2010 All Rights Reserved