Ahad, 30 Disember 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Ayu Raudhah dan <b>Zaquan Adha</b> Bakal Timang Anak Pertama | ANa <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 07:25 PM PST

Ayu dan Zaquan Bakal Dapat Anak Sulung | Info Mengenai Perkahwinan Artis | Gosip Tentang Artis | Jika tahun lalu, Ayu Raudhah dan suami Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara, dirundung kedukaan kerana insiden keguguran. Namun pada April depan, segala kedukaan itu akan berbalas dengan kelahiran anak sulung mereka.

Ayu yang kini hamil enam bulan turut mendedahkan, hasratnya untuk menimang anak lelaki akan terlaksana dan dia amat teruja dan berdebar menanti kelahiran putera mereka.

"Alhamdulillah, saya dah pergi 'scan' kandungan dan doktor sahkan lelaki.

Saya memang seronok bila dapat tahu jantina bayi kerana memang saya mahukan anak lelaki.

Tapi, suami lebih teringin anak perempuan. Bagi saya, tidak kisah perempuan atau lelaki, yang penting adalah didikan yang sempurna.

"Kalau suami mahukan anak perempuan juga, mungkin untuk anak kedua atau ketigalah pula. Insya-Allah, dengan izinnya," kata Ayu sambil ketawa kecil.

Mengambil pengajaran daripada insiden keguguran lalu, Ayu membuat keputusan berehat sementara untuk menumpukan perhatian pada kandungan. Enggan melalui episod duka itu lagi, Ayu berharap agar kandungannya berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah, setakat ini, kandungan dan kesihatan saya tiada masalah. Cuma, sejak mencecah usia enam bulan ini, berat badan semakin naik. Tapi, tak ada mendadak sangat. Cuma, saya semakin mengah dan cepat penat. Jalan sikit saja, dah termengah-mengah. Sebab itulah, di awal kandungan, saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan.

"Saya ingin memastikan, tiada kemudaratan pada kandungan dan saya sendiri kerana saya pernah keguguran akibat terlalu banyak bekerja. Bila dah bersalin nanti, saya akan kembali aktif dalam lakonan," katanya adik kepada aktres jelita, Rozita Che Wan ini.




Daftar Churp Churp Reward Gift

Menang Hadiah Fasion 32,000.00 USD

Kedai Makan Yang Top Di Malaysia

Free Voucer Diskaun Bernilai RM500

Dapatkan Free 100x Ipad Di Kedai 7eleven Berdekatan

 Free Card Studio RM200

 Free Download Windows 8 For you PC Now! 
           Terhad sapa cepat dia dapat!


Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Khamis, 27 Disember 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Ayu Ruadhah Dan <b>Zaquan Adha</b> Bakal Timang Putera April Depan <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2012 07:29 AM PST

Jika tahun lalu, Ayu Raudhah dan suami Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara, dirundung kedukaan kerana insiden keguguran. Namun pada April depan, segala kedukaan itu akan berbalas dengan kelahiran anak sulung mereka.

Ayu yang kini hamil enam bulan turut mendedahkan, hasratnya untuk menimang anak lelaki akan terlaksana dan dia amat teruja dan berdebar menanti kelahiran putera mereka.

"Alhamdulillah, saya dah pergi 'scan' kandungan dan doktor sahkan lelaki. Saya memang seronok bila dapat tahu jantina bayi kerana memang saya mahukan anak lelaki. Tapi, suami lebih teringin anak perempuan. Bagi saya, tidak kisah perempuan atau lelaki, yang penting adalah didikan yang sempurna.

"Kalau suami mahukan anak perempuan juga, mungkin untuk anak kedua atau ketigalah pula. Insya-Allah, dengan izinnya," kata Ayu sambil ketawa kecil.

Berehat demi kandungan

Mengambil pengajaran daripada insiden keguguran lalu, Ayu membuat keputusan berehat sementara untuk menumpukan perhatian pada kandungan. Enggan melalui episod duka itu lagi, Ayu berharap agar kandungannya berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah, setakat ini, kandungan dan kesihatan saya tiada masalah. Cuma, sejak mencecah usia enam bulan ini, berat badan semakin naik. Tapi, tak ada mendadak sangat. Cuma, saya semakin mengah dan cepat penat. Jalan sikit saja, dah termengah-mengah. Sebab itulah, di awal kandungan, saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan.

"Saya ingin memastikan, tiada kemudaratan pada kandungan dan saya sendiri kerana saya pernah keguguran akibat terlalu banyak bekerja. Bila dah bersalin nanti, saya akan kembali aktif dalam lakonan," katanya adik kepada aktres jelita, Rozita Che Wan ini.

Semakin tenang

Mula mengenakan hijab setelah pulang dari menunaikan ibadah umrah pada 4 Ogos lalu, Ayu akui semakin selesa dan tenang dalam penampilan barunya itu. Menurut Ayu, hasrat untuk berhijab sudah lama terdetik di hatinya, namun niat itu semakin jelas setelah pulang dari kota suci.

"Insya-Allah, penampilan ini akan kekal untuk selamanya. Lagipun, semasa membuat keputusan untuk berhijrah, saya memang nekad dan tiada sangsi lagi. Suami dan keluarga merupakan pendorong kuat saya untuk kekal begini. Lagipun, suami pernah meluahkan rasa yang dia lagi suka kalau saya bertudung.

"Perubahan ini mungkin secara tidak langsung kerana faktor watak yang sering saya bawa sebagai wanita Muslim yang berhijab. Jadi, pintu hati saya dibuka dengan cara itu," kata pemilik nama sebenar, Raudhah Abu Bakar@Che Wan.

Kepercayaan kunci kebahagiaan

Menyedari tuntutan karier suami yang sukar menghabiskan masa panjang bersamanya, Ayu tetap positif dan memahami tugas pemain bola sepak. Mengakui sikap saling memahami dan mempercayai antara satu sama lain amat penting dalam meniti alam rumah tangga, Ayu sedia maklum mengenai hal itu.

"Sebelum kami kahwin lagi, suami memang pemain bola. Jadi, saya harus menerima dia seadanya dan memahami jadual kerjanya. Jika tiada 'game', dia akan menemani saya, malah jika perlawanan itu berlangsung berdekatan, dia akan pulang menjenguk saya setiap hari untuk memastikan saya selamat.

"Dia terlalu risaukan saya dan kandungan. Bila dia terpaksa ke luar negara atau daerah, dia akan hantar saya ke rumah Kak Ta (Rozita)," katanya mengakhiri perbualan.

Zaquan bawa Ayu ke Johor

Umum mengetahui, penglibatan Zaquan dalam arena bola sepak sememangnya menyukarkan bintang ini memberi ruang khusus buat keluarga. Setelah mengikat kontrak bersama Pasukan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Zaquan diarahkan untuk berpindah ke negeri itu untuk memudahkan proses latihan.

"Buat masa ini, memang saya memang sibuk berpindah rumah. Saya juga membawa Ayu bersama kerana saya lebih selesa jika dia berada dekat dengan saya. Lagipun, dia sedang sarat dan saya tidak sampai hati nak tinggalkan dia seorang diri. Sehingga kini, kami masih belum membeli kelengkapan bayi. Hanya beberapa helai baju sahaja yang dibeli Ayu ketika bercuti di London baru-baru ini.

"Saya bertuah kerana memiliki isteri yang sangat memahami dan tidak pernah mempersoalkan tugas saya. Malah, saya lebih risaukan dia bila saya terpaksa berada di luar daerah," katanya yang masih belum memilih nama anak.

Sukar mendapatkan cuti dan waktu khas untuk bersama keluarga, Zaquan bagaimanapun berharap agar dapat menemani Ayu ketika melalui proses bersalin nanti.

"Kami memang susah nak dapat cuti, apatah lagi cuti panjang kerana ia boleh menjejaskan stamina. Tapi, saya berdoa agar dapat menemani Ayu nanti. Kebetulan pada ketika itu, saya sibuk dengan perlawanan Liga Super Malaysia. Jadi, saya tidak pasti lagi dapat cuti atau tidak. Perkara ini telah dibincangkan bersama Ayu dan Ayu sentiasa positif.

"Mujurlah mertua saya akan datang menemani Ayu sehingga proses berpantang nanti. Namun, jika mertua tidak dapat datang, saya akan hantar Ayu ke rumah mereka," katanya yang berjanji akan memberi yang terbaik buat keluarganya.

Ahad, 16 Disember 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Aidil Zafuan & <b>Zaquan Adha</b>: Safee ikut jejak Mat Yo

Posted: 04 Dec 2012 05:09 PM PST

05 Disember 2012


Tanpa angin, tanpa ribut, penyerang sensasi negara, Safee Sali menyertai skuad Liga Super Johor secara pinjaman selama setahun daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia.

Dengan perpindahan pemain yang kini bersama Harimau Malaya menghadapi Piala Suzuki AFF itu menjadikan Johor satusatunya pasukan disertai enam pemain skuad kebangsaan untuk menghadapi Liga Super 2013. 



Sebelum ini Johor berjaya mengikat Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad. 

Bagaimanapun, sidang media majlis menandatangani kontrak antara Safee dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang sepatutnya berlangsung di Hotel Prince di sini, malam tadi tidak dapat disempurnakan seperti dirancang.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain kebangsaan yang dalam persiapan menghadapi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini keluar dari kem.

"Saya minta maaf kerana sidang media ini tidak dapat dijalankan seperti dirancang kerana FAM tidak membenarkan Safee keluar dari kem.

"Apa pun kami sudah pun mendapatkan surat pelepasan daripada Arema Indonesia hari ini (semalam) untuk Safee dipinjamkan ke Kelab Bola Sepak Darul Takzim iaitu pasukan Johor selama semusim dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013. 
"Nilai pinjaman dan gaji bakal diterima Safee tidak boleh didedahkan.

"Rundingan sebenarnya sudah dilakukan sebelum ini dan sepatutnya hari ini (semalam) kami dapat mengadakan sidang media.

"Bagaimanapun, pada 29 Disember ini, kami akan mengadakan sidang media memperkenalkan skuad lengkap Johor untuk musim 2013," kata Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim pemberita malam tadi.

Suhairi sempat menunjukkan surat pelepasan yang ditandatangani Pengarah Arema Indonesia, Ruddy Widodo dan surat tawaran kontrak untuk ditandatangani Safee.

Selepas pengumuman itu, Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang enggan ditemuramah dilihat bersama rombongannya bergegas menaiki kereta dipercayai untuk ke Wisma FAM bagi mendapatkan tandatangan Safee.

Ditanya tindakan Johor itu boleh mengganggu fokus Safee dan persiapan skuad kebangsaan menghadapi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, Suhairi berkata: "Kami nak kejar tarikh tutup pendaftaran pemain pada 6 Disember ini. Jadi kami terpaksa menyelesaikan urusan perpindahan ini dengan segera. 

"Apa pun Tunku Ismail mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya."

Berita lanjut dalam akhbar BH dan BH Digital hari ini

Rabu, 12 Disember 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Aidil Zafuan & <b>Zaquan Adha</b>: &#39;Bukan sebab persiapan perkahwinan <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2012 02:18 AM PST

1 Disember 2012 (27 November 2012)

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (kanan) mententeramkan Khairul Fahmi selepas berakhir perlawanan menentang Singapura dalam saingan Piala Suzuki AFF, kelmarin. Malaysia tewas 0-3. - REUTERS
KUALA LUMPUR - Gagal mempamerkan persembahan cemerlang dan melakukan kesilapan bukanlah disebabkan fikirannya melayang memikirkan persiapan perkahwinan, tegas penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat.
Kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin dikatakan berpunca daripada Khairul Fahmi Che Mat terutamanya ketika pasukan jiran menjaringkan gol kedua.
Bagaimanapun penjaga gol nombor satu negara itu dalam nada tegas, menepis dakwaan bahawa dia tidak mampu untuk beraksi cemerlang kerana memikirkan tentang persiapan perkahwinannya, di mana tarikh pernikahannya berlangsung pada 28 Disember ini.
"Saya memohon maaf kepada semua di atas kekalahan malam ini (kelmarin) dan saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini," kata pemain berusia 23 tahun itu ketika ditemui media selepas perlawanan tamat.
Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek, didakwa memberikan 'gol mudah' yang kedua buat Sang Singa apabila gagal mengeluarkan bola di dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-37.
Selain itu, persembahannya pada aksi tersebut dilihat sedikit 'goyah' kembali fokus pada separuh masa kedua.
Ketika salah seorang wartawan televisyen bertanyakan tentang persembahannya goyah disebabkan persiapan perkahwinannya, Khairul Fahmi berkata, dia hanya ingin menjawab tentang soalan mengenai bola sepak sahaja.
"Kita akan bangkit semula pada perlawanan kedua nanti dan sekali lagi saya minta maaf kepada pasukan serta seluruh rakyat Malaysia di atas kekalahan tersebut," kata pemain yang berasal dari Kota Bharu itu.
Sementara itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli tampil mempertahankan prestasi Apek sambil menyifatkan wira Piala Suzuki AFF 2010 itu bakal mengulangi persembahan hebat pada perlawanan kedua ketika menentang Laos.
Penjaga gol Selangor itu, yakin Khairul Fahmi masih memerlukan sokongan untuk membangkitkan kembali prestasi sebenar dalam usaha membantu skuad negara mempertahankan kejuaraan yang diraih dua tahun lalu.
"Inilah dunia bola sepak. Kadang-Kadang kita menonjol, kadang-kadang tidak. Tekanan amat dirasai memandangkan kita tampil sebagai juara bertahan ditambah lagi hadir sebagai tuan rumah kejohanan," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121127/su_02/Bukan-sebab-persiapan-perkahwinan-saya#ixzz2DnIgFZ8F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, 10 Disember 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Aidil Zafuan & <b>Zaquan Adha</b>: Safee ikut jejak Mat Yo

Posted: 04 Dec 2012 05:09 PM PST

05 Disember 2012


Tanpa angin, tanpa ribut, penyerang sensasi negara, Safee Sali menyertai skuad Liga Super Johor secara pinjaman selama setahun daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia.

Dengan perpindahan pemain yang kini bersama Harimau Malaya menghadapi Piala Suzuki AFF itu menjadikan Johor satusatunya pasukan disertai enam pemain skuad kebangsaan untuk menghadapi Liga Super 2013. 



Sebelum ini Johor berjaya mengikat Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad. 

Bagaimanapun, sidang media majlis menandatangani kontrak antara Safee dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang sepatutnya berlangsung di Hotel Prince di sini, malam tadi tidak dapat disempurnakan seperti dirancang.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain kebangsaan yang dalam persiapan menghadapi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini keluar dari kem.

"Saya minta maaf kerana sidang media ini tidak dapat dijalankan seperti dirancang kerana FAM tidak membenarkan Safee keluar dari kem.

"Apa pun kami sudah pun mendapatkan surat pelepasan daripada Arema Indonesia hari ini (semalam) untuk Safee dipinjamkan ke Kelab Bola Sepak Darul Takzim iaitu pasukan Johor selama semusim dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013. 
"Nilai pinjaman dan gaji bakal diterima Safee tidak boleh didedahkan.

"Rundingan sebenarnya sudah dilakukan sebelum ini dan sepatutnya hari ini (semalam) kami dapat mengadakan sidang media.

"Bagaimanapun, pada 29 Disember ini, kami akan mengadakan sidang media memperkenalkan skuad lengkap Johor untuk musim 2013," kata Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim pemberita malam tadi.

Suhairi sempat menunjukkan surat pelepasan yang ditandatangani Pengarah Arema Indonesia, Ruddy Widodo dan surat tawaran kontrak untuk ditandatangani Safee.

Selepas pengumuman itu, Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang enggan ditemuramah dilihat bersama rombongannya bergegas menaiki kereta dipercayai untuk ke Wisma FAM bagi mendapatkan tandatangan Safee.

Ditanya tindakan Johor itu boleh mengganggu fokus Safee dan persiapan skuad kebangsaan menghadapi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, Suhairi berkata: "Kami nak kejar tarikh tutup pendaftaran pemain pada 6 Disember ini. Jadi kami terpaksa menyelesaikan urusan perpindahan ini dengan segera. 

"Apa pun Tunku Ismail mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya."

Berita lanjut dalam akhbar BH dan BH Digital hari ini

Jumaat, 7 Disember 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Aidil Zafuan & <b>Zaquan Adha</b>: Keputusan Penuh AFF Suzuki <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2012 02:30 AM PST

1 Disember 2012 (28 November 2012)
BERIKUT adalah keputusan penuh Kumpulan B Piala AFF Suzuki, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu;
 

Zaquan Adha

Copyright 2010 All Rights Reserved