Sabtu, 24 November 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


<b>Zaquan Adha</b> cedera , Azamuddin Mohd Akil dipanggil semula <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 04:21 AM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas menggugurkan pemain penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil , Datuk K Rajagobal terpaksa memanggil semula penyerang tersebut bagi menggantikan Mohamad Zaquan Adha pada kempen Piala AFF Suzuki yang bermula pada Ahad ini. Tindakan ini diambil selepas pemain baharu Johor, Zaquan Adha mengalami kecederaan serius selepas perlawanan menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Azamuddin yang digugurkan akibat prestasi hambar ketika perlawanan menentang Hong Kong diberi peluang untuk membuktikan kemampuan beliau.

Secara peribadi saya bersetuju dengan Azamuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Alex dipanggil semula. Ini kerana beliau mempunyai corak permainan yang keras dalam mendapatkan bola. Lagipun persembahan hambar ketika menentang Hong Kong bukannya seratus peratus kesalahan beliau kerana semua pemain bermain di bawah paras sebenar ketika itu. Apapun diharapkan Alex mampu memanfaatkan peluang beraksi di kejohanan AFF nanti. Mungkin beliau boleh diberi sebagai penyerang kedua ataupun sayap kanan.

azamudin
upload photos

Azamudin – Masuk

Zaquan L 590x320
images

Zaquan – Keluar

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :147

Rabu, 21 November 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Rajagopal Panggil Semula Azamuddin Ganti <b>Zaquan Adha</b> <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 07:06 PM PST

KUALA LUMPUR — Pengendali skuad kebangsaan Datuk K.Rajagobal akan memanggil semula penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil bagi menggantikan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak pada kempen Piala AFF Suzuki yang bermula Sabtu ini.

Mohamad Zaquan hanya sempat beraksi sekitar 10 minit pada separuh masa kedua perlawanan persahabatan menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, sebelum dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.

Rajagobal sebelum ini menyisihkan Azamuddin selepas beliau mempamerkan prestasi hambar pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Rabu lepas.

"Saya tidak berani untuk menurunkan Wan Zack Haikal Wan Nor pada perlawanan malam ini memandangkan beliau mengalami kecederaan ringan (kerana saya tidak mempunyai pilihan pemain)," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan malam tadi yang menyaksikan skuad bimbingannya terikat 1-1 dengan Bangladesh.

Mengulas mengenai keputusan perlawanan berkenaan, Rajagobal mengaku kecewa namun

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Rabu, 14 November 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Biodata <b>Zaquan Adha</b> Pemain Bola Sepak Negara | Ukhti Azza

Posted: 23 Oct 2012 12:00 AM PDT

Nama penuh : Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
Tarikh lahir : 3 Ogos 1987 (umur 25)
Tempat lahir : Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Posisi : Pertahanan
Maklumat kelab : Kelab semasa Negeri Sembilan FA Nombor 8
: Kelab remaja Negeri Sembilan FA
: Kelab senior 1 Tahun Kelab App (Gol)*
: 2006-Sekarang Negeri Sembilan FA
: Pasukan kebangsaan( 2) 2008
: 2007-Sekarang Malaysia XI
: Malaysia 5 (1)
: 16 (1)

Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (lahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Negeri Sembilan FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan adik kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Rabu, 7 November 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Aidil & <b>Zaquan</b>: Pasangan kembar Aidil dan <b>Zaquan</b> berhijrah ke <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 11:11 PM PDT

29 Oktober 2012

Naib juara Piala Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan kehilangan khidmat dua pemain tonggak, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak yang memilih untuk berhijrah ke selatan tanah air untuk menyarung jersi Johor bagi saingan Liga Malaysia musim 2013.
Perkara ini disahkan Ketua Jurulatih ATM, B. Sathianathan yang berkata kedua-dua pemain itu telah menghubunginya selepas tamat aksi final Piala Malaysia menentang Kelantan untuk memaklumkan tentang keputusan mereka itu.
"Ya, kita kehilangan dua pemain tonggak, walaupun saya sedikit terkilan kerana kedua-dua mereka telah bersetuju dengan apa yang ditawarkan pengurusan sebelum aksi final, malah berjanji dengan saya untuk kekal tetapi dalam dunia professional ini adalah perkara biasa. Apabila mereka dapat tawaran lebih tinggi kita tidak boleh buat apa-apa, mereka akan ubah fikiran di saat akhir dan kita tidak boleh sekat mereka.
"Apa sekalipun, saya ucapkan selamat berjaya kepada Aidil dan Zafuan, juga terima kasih di atas segala sumbangan mereka kepada pasukan selama semusim di sini. Aidil telah membentuk pertahanan yang mantap manakala Zaquan telah banyak meningkat dan menjadi tonggak pasukan selepas pulih dari kecederaan ACL, saya yakin mereka akan cemerlang bersama pasukan baru," kata Sathianathan.
Ditanya sama ada kehilangan mereka akan merencatkan persiapan ATM untuk menghadapi saingan musim baru, apatah lagi Sathia baru sahaja melaungkan ATM akan bertambah kuat bagi saingan musim depan, ini respon beliau.
"Saya tidak berapa kisah untuk kehilangan dua pemain, kita masih mempunyai pemain lain yang boleh mengisi kekosongan itu, lainlah kalau saya hilang 7 atau 8 pemain. Saya juga akan membawa masuk pemain baru. Orang kata kita Manchester City Malaysia, tetapi ATM tidak akan bersaing dengan mana-mana pasukan yang mempunyai kekuatan kewangan untuk memancing pemain sebaliknya mencari pemain yang mahu berkhidmat untuk pasukan ATM."  

Jumaat, 2 November 2012

Zaquan Adha - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Zaquan Adha - Google Blog Search


Aidil & Zaquan: Siapa Lagi Hebat, Apex Atau <b>Zaquan Adha</b>?

Posted: 18 Oct 2012 09:07 PM PDT

19 Oktober 2012
KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2012: Baik industri seni hiburan mahu pun sukan, populariti bukanlah satu jaminan untuk mengangkat seseorang itu sebagai individu yang berkualiti.
Dalam erti kata lain, kemenangan bukan untuk mereka yang popular saja. Namun, populariti sedikit sebanyak membantu untuk menambah semangat seseorang untuk lebih yakin menjadi juara.
Jadi tidak hairan, sama ada pasukan Kelantan atau ATM, ramalan mereka menjadi juara berada pada tahap yang sama kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain yang hebat dan popular.
Istimewa untuk pembaca yang menyukai bidang bola sepak tempatan, murai.com.my sempat menjengah pendapat pemain ATM dan Kelantan yang popular dan hebat beraksi di padang iaitu Zaquan Adha dan Khairul Fahmi Che Mat (Apex).
Jom ikuti pandangan mereka mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Adakah mereka merasakan populariti diperlukan untuk mereka beraksi hebat pada malam itu nanti?
Zaquan Adha (Sayap Kanan ATM)
"Popular sekadar pada nama saja. Dalam bola sepak, kerjasama dalam pasukan amat diperlukan. Popular tidak bagi kesan sekiranya kami tidak bergerak dalam pasukan. Saya juga tidak merasakan populariti yang ada pada diri saya sebagai satu beban untuk ATM.
"Saya menganggap ia sebagai cabaran. Kalau saya merasakan ia satu beban, saya tidak boleh bermain dengan baik. Perlawanan ini adalah pertemuan antara pasukan dan bukanlah pertandingan antara pemain popular.
"Saya akui Apex memang seorang yang popular sebagai pemain kebangsaan negara. Saya mengambil ianya sebagai semangat untuk saya beraksi bagus pada malam itu nanti. Saya ini seorang yang sukakan cabaran.
"Kalau saya tahu orang itu bagus, saya akan mencabarnya. Saya akan rasa berpuas hati jikalau saya dapat melawan orang itu. Secara individu, saya yakin 100 peratus bahawa kemenangan berpihak kepada kami. Kalau kami tidak berikan 100 peratus, mungkin berlaku sebaliknya," kata Zaquan.
Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Kelantan)
"Dalam satu pertempuran, kerjasama memainkan peranan penting sekali. Secara logiknya, kekuatan seorang tidak boleh merempuh dan menjatuhkan benteng yang dikawal oleh 10 tenaga. Kecuali orang itu ada kuasa luar biasa. Dari sini, jelas sekali populariti adalah perkara kedua.
"Namun, saya tidak ketepikan populariti. Sejujurnya, populariti adalah penyuntik semangat untuk berjaya. Dalam pasukan Kelantan, saya tidak boleh bergerak seorang. Jika tidak, saya akan rebah. Malah, ia memudahkan pihak lawan untuk menjaringkan gol.
"Saya amat memerlukan pemain yang lain untuk mempertahankan gawang kami supaya tidak bolos. Kejayaan kami tertakluk kepada kukuhan semangat sepasukan kami. Pun begitu, kami juga memerlukan sorokan semangat dari peminat untuk kami berjuang.
"Insya-Allah, seandainya kehebatan dan populariti dapat diseimbangkan, ia akan melahirkan sesuatu perkara yang luar biasa. Keras tidak bermakna kuat, lembut bukan bererti lemah. Setiap insan memerlukan sokongan. Kejayaan tidak boleh lahir tanpa ada sokongan.
"Apapun, saya bersyukur, semangat kesukanan di Malaysia lebih-lebih lagi dalam sukan bola sepak semakin maju dan menjadi perhatian masyarakat. Teruslah menyokong tanpa kenal erti mengalah. Jangan menilai kualiti sesuatu perkara tanpa mengenal kuantiti sebenarnya. Terima kasih dan Insya-Allah,kami akan lakukan yang terbaik demi mereka yang menyokong kami," jelas Apex.
 

Zaquan Adha

Copyright 2010 All Rights Reserved